ORATOR UMP

Kelab Orator

Alhamdullilah…atas dasar dan sifat untuk membawa kelab ini lebih di kenali di kalangan warga UMP khususnya dan juga untuk membawa nafsu pendebatan ini menyerlah dikalangan pendebat, maka permohonan untuk membuat penukaran nama telah diluluskan oleh JHEPA. Maka nama kelab ini pada hari ini ialah Kelab Orator UMP.

Setinggi penghargaan di ucapkan kepada pengasas kelab ini yang telah mewujudkn sebuah kelab untuk pendebat UMP kira-kira empat tahun yang lalu dengan nama awalnya Penukir Ilmu. Terima kasih sekali lagi. Jasa kalian semua sangat dihargai.

Untuk makluman semua pendebat dan bekas pendebat UMP, berikutan penukaran dekan JHEPA, maka hari ini, debat tidak lagi di pandang sepi. Seluruh bantuan di berikan bagi menaikkan nama UMP di arena pendebatan tanah air.

Ini juga adalah tindak balas spontan hasil daripada penganjuran Debat Perpaduan dan Integrasi Nasioanal 2007.

Terima kasih kepada semua. Bertemu kita di puncak kejayaan. 

8 Comments

  1. raja azrul said,

    January 11, 2008 at 7:10 am

    Assalamualaikum,

    First diucapkan tahniah diatas penukaran nama kelab ini. Walaupun bunyi agak pelik, tetapi saya yakin ia akan dikenali oleh mahasiswa UMP.

    2nd, buat semua bakal pendebat yang akan bertanding di Debat Astar dan Debat Integriti, buatlah terbaik. Pastikan ranking anda semua berada dalam top 10 sebagaimana usaha kita dalam debat-debat sebelum ini. Saya mungkin tidak boleh hadir untuk debat integriti tetapi saya boleh hadir memberikan sokongan kepada adik-adik untuk debat astar.

    3rd, kami semua bekas pendebat, amat merindukan saat-saat kita semua praktis. Walaupun berada jauh dari bumi UMP, kami akan tetap berikan sokongan dan bantuan bagi memartabatkan debat untuk pergi lebih jauh lagi. Insyallah..

    Akhir kata, tahniah buat semua. Ingat, perjalanan kita masih jauh. Jangan dek kerana seinci pujian kita sudah melambung tinggi ke langit. Mana tahu..tiba-tiba kita jatuh dan pastinya sakit itu amat kuat. Tanggunjawab kalian memang berat dan perlukan banyak masa untuk maju…

    Last word: apasal abang tak dimaklumkan wujudnya blog ini? adoi.nasib abang rajin explore..kejam betul adik-adikku..sadis..huhuhuhu!!

  2. mimysarlina said,

    January 13, 2008 at 10:31 am

    kenapa tak buat majlis anugerah kelab orator ump untuk iktiraf kecemerlangan pendebat ump sepanjang tahun lepas. kesungguhan pasukan senior terdahulu memperjuangkan debat membawa anugerah tunas harapan kepada ump. pasukan ump lepas ke suku akhir dan dua pendebat muda ump berada di ranking atas semasa debat diraja 2007.sebaiknya beri penghargaan kepada mereka ini. barulah debat ump akan bertambah mantap.

  3. Wanhidayat said,

    January 14, 2008 at 11:52 am

    Salam semuanya….

    Tiba2 hati ini rasa sungguh terharu dan sebak mengenangkan perjuangan lalu yang sehingga kini masih berkesinambungan…..terima kasih dan tahniah buat semua.

    Adik2 pendebat yang mencintai dunia debat…percayalah bila kalian semua melangkah dan telah memutuskan untuk berada dalam dimensi ini, jgn sesekali biarkan diri keluar daripada dimensi tersebut…..

    Sesungguhnya…kemahiran yang kita telah perolehi dan bakal perolehi akan membantu kita semua sebaik kita bersedia melangkah ke alam pekerjaan, ianya bukan suatu kemahiran yang mudah diperolehi. Justeru..hargailah di mana kedudukan kita hari ini….

    Jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian hari ini kerana esoknya tidak pasti sama…yang lebih penting, bulatkan kosentrasi dan berusahalah untuk menjadi seorang pendebat yang berilmu…..dan jangan sesekali abaikan pelajaran….jgn lakukan sesuatau itu semata2 ingin dihargai. Ikhlaskan diri anda semua…..

    Tahniah dan terima kasih kepada individu2 yang telah byk memberikan dan menyumbangkan ilmu serta pengalaman kepada dunia perdebatan UMP…kami mendoakan yang terbaik untuk Kelab Orator UMP…..

  4. Pjoyz said,

    January 16, 2008 at 8:44 am

    Good Luck team debat UMP untuk Debat Integriti!!!!!

  5. AKASIAN said,

    January 18, 2008 at 6:06 am

    tahniah kepada ORATOR UMP! mari kita sama2 memeriahkan industri debat Malaysia!

  6. law said,

    January 18, 2008 at 10:44 pm

    amboi,pnjgnya comment abg raja n abg dayat..mcm nk tulis krngn plk..huhu

    k la..so tahniah la kpd kelab orator ump krna berjaya bertukar nama mnjdi nama nie n ade logo kelab sendiri..

    walaupn kelab penkir ilmu namanya pd masa dahulu xdikenali oleh studnt ump..hrp2 kelab ini skg dgn imej baru ni pljr ump dpt knal kelab orator adalah debat..

    selain 2..utk sape yg bakal akn pergi pertandingan debat integriti dan astar..semoga anda semue akn berjaya..selamat berjuang utk ump dn diri sendiri…

    semoga berjaya!!!

  7. ahib0205 said,

    January 18, 2008 at 11:16 pm

    Tahniah dan tahniah sempena pertukaran nama ini! Sy sbg student di UMP ni berasa bangga dgn satu demi satu kejayaan anda semua mengharumkan nama baik UMP di persada kebudayaan 🙂 Seriously u all boleh gi jauh lg. Go go go.. 🙂

  8. syifu86 said,

    January 22, 2008 at 10:29 pm

    Assalamualaikum & Tahniah buat semua…
    Perjuangan seharusnya diteruskan…
    Kesinambungan seharusnya berpanjangan….
    Biarlah masa terus berubah…
    Yang pastinya hati Pendebat UMP sentiasa bersatu….
    Dahulunya baju melayu menjadi sarung,
    Kini batik melayu nampak terserlah…
    Tetapi empunyer diri tetap sama…..
    Terkadang indah dipandang…
    Tetapi realitinya terkadang tak seindah yang diimpikan..
    Mungkin suatu kepuasan bagi kita erti sebuah kejayaan…
    Tetapi jangan sesekali kita lupakan kegagalan yang sentiasa hampir dengan kita….

    Bersamalah kita bergandingan..
    Agar segala rintangan mampu dihadapi..
    Biar pecah mulut..
    Tetapi jangan biarkan air mata seiring dengan kegagalan kita….

    Shaiful Suliman


Leave a comment