Al-fatihah….

DATO’ ISHAK BAHAROM

Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak. Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam. Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung. Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

LOLOQ..

PETALING JAYA: Penulis lirik dan pelakon, Rosli Khamis atau Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini, selepas koma sejak dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu.

Loloq menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Loloq, 50, dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu, akibat pendarahan otak selepas pengsan secara tiba-tiba di kediamannya. Sejak itu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Malah, pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya, Isnin lalu, tidak banyak membantu.

Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri Allahyarham, Hariyah Yaacob, 36, berada di sisinya. Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10; Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5.

Hariyah yang enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian suaminya berkata, Loloq meninggal dunia kerana pendarahan di otaknya. 

TERHANGAT @ UMP

Untuk makluman semua, selain kita mebincangkan mengenai isu-isu hangat di luar sana, kami begitu tertarik untuk seisi maya sekalian mengetahui apakah isu hangat yang sedang di perdebatkan oleh mahasiswa UMP.Bagi mengetahui dengan lanjut saya sertakan link berikut untuk kalian mengetahui apakah isu tersebut.

http://pjoyz.blogspot.com/
 

BENGKEL DEBAT KERJASAMA UiTM MALAYSIA

Peserta Bengkel Debat Siri 1 2008

26 Januari yang lepas, Kelab Orator UMP buat pertama kalinya mengadakan bengkel debat bagi meningkatkan prestasi debat dikalangan pendebat UMP. Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP.

Orator telah menjemput En Ahmad Badrulhisham bin Che Kasim atau lebih dikenali sebagai Abang Bad bagi menjayakan bengkel ini. Seperti biasa di akhir bengkel ini, telah diadakan perlawanan yang melibatkan campuran pendebat tuan ruman dan pendebat UiTM.

Diharapakn semua yang mengadiri bengkel tersebut dapat menggunakan ilmu tersebut bagi meningkatkan mutu pendebatan masing-masing.

Akhirnya, terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Berjaya bagi team Integriti dan ASTAR UMP.

USUL RASMI DEBAT INTEGRITI 2008

Ini merupakan usul terkini yang telah dikirimkan oleh IIM kepada UMP semalam. Selamat berdebat kepada seluruh pendebat IPT Malaysia.

USUL- USUL DEBAT PERDANA INTEGRITI 2008
 
1.            Tanggungjawab sosial korporat nombor 1, keuntungan nombor 2
2.            Negara maju melahirkan remaja lebih berintegriti
3.            Penyelesaian masalah rasuah terletak di tangan masyarakat
4.            TEKAD 2008 : Kita telah mencapai matlamat
5.            Artis kita berintegriti
6.            Sistem pendidikan negara berjaya menyuburkan integriti dalam kalangan pelajar
7.            Kemelut bola sepak Malaysia : Krisis integriti
8.            Selepas 50 tahun merdeka : Kita semakin berintegriti
9.            Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia berkesan
10.         Sistem perkhidmatan awam di Malaysia membanggakan
11.         Kebahagiaan keluarga menjamin kemajuan negara
12.         Kecemerlangan kualiti hidup : Sistem pendidikan perlu dirombak
13.         Peningkatan ekonomi berkadar terus dengan integriti
14.         Sistem pendidikan berjaya menyemai perpaduan kaum
15.         Pelan Integriti Nasional menjamin kemakmuran negara
16.         Penjawat awam sudah berintegriti
17.         Integriti dan ketelusan : Malaysia model terbaik
18.         Rasuah di Malaysia : Kita sudah berjaya
19.         Penerapan modal insan telah berjaya
20.         Kemerosotan disiplin pelajar tanggungjawab guru
21.         Mahasiswa kita sudah berintegriti
22.         Pematuhan etika perniagaan akan lebih menguntungkan syarikat
23.         Etika perniagaan harus selari dengan kehendak globalisasi
24.         Amalan tadbir urus korporat mampu menarik pelabur asing ke Malaysia
25.         Perkhidmatan awam Malaysia setanding dengan perkhidmatan awam di negara maju
26.         Jenayah culik kanak-kanak : Bukan salah ibu bapa
27.         Integriti sesebuah negara bergantung kepad a kestabilan politiknya
28.         Isu politik : Media massa berintegriti
29.         Media massa mendorong ahli politik lebih berintegriti
30.         Kita sepakat menangani isu integriti

Salah Laku : Artis Wajar Dihukum

DI BARAT, perlakuan melampau artisnya sudah menjadi sebahagian budaya mereka. Tidak sahaja di pentas terbuka, kehidupan peribadi mereka juga semakin kalut atas nama ketamadunan dan keterbukaan minda.

Ketika ini, Britney Spears menjadi artis Barat paling popular yang mempunyai sikap tidak keruan yang bukan sahaja mengundang kontroversi malah dikecam hebat oleh peminat dan media.

 

Kisah provokasinya memang menaikkan semula nama Spears yang semakin malap hari ke hari namun ia nyata tidak memberi impak memberangsangkan kepada kerjayanya.

 

Di Malaysia pula, cetusan kontroversi dan salah laku sering kali memberikan laluan mudah kepada artisnya untuk menempa nama. Ia umpama satu publisiti percuma kepada mereka.

 

Mencetuskan sesuatu yang negatif dan kemudiannya secara terbuka meminta maaf juga menjadi sebahagian budaya kepada industri hiburan di negara ini.

 

Mudah sekali memaafkan dan kemudiannya melakukan lagi kontroversi, tidakkah artis itu sendiri mempunyai rasa bersalah kepada khalayak yang telah memberi kemaafan serta ruang untuknya menilai semula perlakuan diri?

 

Mungkinkah juga ketiadaan garis panduan untuk menghukum mereka menyebabkan para artis mengambil mudah soal menjaga sifat dan sikap sendiri?

 

Tetapi siapa yang perlu dipertanggungjawab untuk menguatkuasakan garis panduan itu? Kita tiada badan atau satu jawatankuasa khusus untuk melaksanakan.

 

Apa yang berlaku, semua hukuman yang dikenakan adalah secara ad-hoc dan sendiri-sendiri sahaja. Misalnya, RTM, TV3, Astro dan sebagainya akan mengambil tindakannya sendiri mengikut keperluan.

 

Jika ada badan yang diiktiraf maka semua perkara tidak sahaja dirujuk malah akan berpandukan kepada badan atau jawatankuasa terbabit.

 

Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang tidak membenarkan Faizal mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV bermula tarikh 15 Januari lalu dilihat satu keputusan yang tepat.

 

Bukan mahu menjatuhkan hukuman sewenang-wenang namun sekurang-kurangnya dengan hukuman begitu membolehkan mereka, para artis kita, untuk berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tindakan.

 

Memang hukuman gam menjadi antara hukuman paling ditakuti oleh masyarakat seni di negara ini kerana ia sekali gus menjejaskan periuk nasi.

 

Berlembut

 

Tetapi jika berlembut, artis pula mengambil mudah soal menjaga keperibadian diri. Bukan mahu menghukum anak seni yang sememangnya kreatif dalam segala segi.

 

Memang mereka juga insan biasa yang melakukan kesilapan tetapi sebagai seorang yang menjadi tumpuan khalayak, mahu atau tidak, mereka perlu dan mesti menjaga peradaban apalagi jika di tempat terbuka.

 

Faizal Tahir mencipta polemiknya yang tersendiri apabila dengan berani membuka baju dan tali pinggangnya atas nama sebuah persembahan hiburan. Tujuannya semata-mata untuk berseronok.

 

Bukan Faizal Tahir sahaja yang pernah melakukan perkara sedemikian, buka baju dan tayang dada. Ada artis lain juga pernah melakukannya. Tapi kes artis yang seorang ini agak istimewa diperkatakan kerana selain bertindak di luar dugaan, persembahan itu turut disiarkan secara langsung di kaca TV dan ia juga membabitkan namanya sebagai seorang bekas penyanyi nasyid.

 

Dan atas kesalahan itu, dia menerima hukuman melakukan kerja-kerja amal selama enam bulan yang dikenakan oleh 8TV.

 

Stesen 8TV turut menerima padah apabila SKMM turut menarik serta-merta kelulusan rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan stesen itu selama tiga bulan mulai 15 Januari lalu.

 

Malah penyanyi itu sendiri terpaksa menerima hakikat pahit bahawa dia tidak boleh muncul pada pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) minggu depan kerana turut ‘dihukum’ oleh SKMM. Tidakkah itu sesuatu yang amat merugikan?

 

Bukan itu sahaja Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) juga berhasrat menggugurkan nama Faizal daripada menjadi antara artis yang mengadakan persembahan pada Majlis Anugerah Tinda Gafim yang dianjurkan oleh persatuan tersebut pada 15 Mac depan.

 

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) RTM, Datuk Adilah Shek Omar memberitahu pihaknya mempunyai pendirian yang tegas terhadap isu berkaitan moral dan salah laku kalangan karyawan tempatan.

 

Namun begitu, kata Adilah, pihaknya melihat sejauh mana seriusnya sesuatu kesalahan yang dilakukan sebelum ’menjatuhkan’ hukuman kepada para artis.

 

“Kita hanya mahu memberi pengajaran agar mereka dan artis lain tidak membuat kesilapan dan kesalahan yang sama,” tegasnya.

 

Antara mereka yang pernah dihukum RTM termasuklah M. Nasir gara-gara mulut lepasnya serta Ning Baizura ekoran fantasi seks yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan industri.

 

Tidak ketinggalan Saleem dan Jamal Abdillah kerana kes dadah serta yang terbaru, kes Rosnah Mat Aris yang dikatakan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

 

“Hukuman walaupun digam selalunya dalam tempoh masa tertentu. Selalunya hukumannya berperikemanusiaan dan tidak kejam. Ia berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan semata-mata sebagai pengajaran,” kata Adilah.

 

Kalau diikutkan isu buka baju yang dilakukan Faizal kalau dilihat dalam ruang lingkup keruntuhan moral artis sebenarnya hanyalah sebahagian isu salah laku.

 

Banyak lagi kes yang mengundang isu moral kalangan artis tempatan. Kes khalwat, dadah, cakap lepas juga melibatkan salah laku.

 

Musibah Faizal buka baju, tidak dinafikan kes-kes lain yang jauh lebih berat patut menerima hukuman yang setimpal kesalahan.

 

Melakukan kerja amal sebagai hukuman satu tindakan yang baik. Malangnya stesen itu sendiri berhasrat untuk mengkomersialkannya. Jadi di mana pengajaran yang ingin ditunjukkan?

 

Sepatutnya tidak perlulah kita pula nak bermegah-megah menunjukkan artis melakukan ‘hukumannya’ walau atas dasar apa sekalipun. Kerana dia perlu melakukannya kerana kesalahan yang dilakukan.

 

Namun isu buka baju juga memberikan impak dan kesedaran untuk kita melihat keruntuhan isu moral kalangan artis dalam skop yang lebih luas.

 

« Older entries