PERUBAHAN BLOG

Salam.

Untuk makluman semua, Orator UMP telah pun berpindah ke laman baru. Berikut merupakan url laman tersebut

www.orator-ump.blogspot.com

Saudara-saudari sekalian boleh lah meninggalkan komen atau sebagainya di blog tersebut. Sekian, selamat menulis.

KEPUTUSAN PERLAWANAN PASUKAN UMP di DEBAT PERDANA INTEGRITI 2008

Debat Perdana Integriti telah berlangsung di USM pada 1- 5 Februri 2005 yang lalu. UMP telah menghantar 2 pasukan ke pertandingan tersebut.

Walaupun UMP tidak mendapat tempat yang boleh dibanggakan, namun usaha bersungguh-sungguh yang telah ditunjukan oleh setiap pasukan UMP membuktikan semangat untuk menang tetap ada.

Syabas dan tahniah di ucapkan atas usaha tersebut.Berikut merupakan pertemuan pasukan UMP dalam debat tersebut .UMP A

Pusingan Kerajaan Pembangkang Pemenang Juri
1 UMP A UDM A UDM A 2-1
2 UMP A USM A USM A 1-2
3 UNIMAS UMP A UMP A 0-3
4 UTeM A UMP A UMP A 0-3
5 UMP A UTM B UMP A 2-1
6 UPSI A UMP A UPSI A 2-1

   UMP B

Pusingan Kerajaan Pembangkang Pemenang Juri
1 UMP B UMS A UMS A 0-3
2 UPSI A UMP B UPSI A 3-0
3 UMP B UM B UM B 0-3
4 UDM B UMP B UMP B 3-0
5 UM B UMP B UM B 3-0
6 MSU UMP B UMP B 3-0

 Pasukan UMP A  telah diwakili oleh :

Sdr. Mohd Khairul Afizan bin Harun                         – FKKSA                                                                                                                                                                        

Sdri. Nadiah binti Zainuldin                                       – FKKSA                                                                                  

Sdr. Mohd Hafizul bin Mat Rahim                            – FSKKP                                                                                         

Sdr. Mohd Khairul Najmi bin Mohd Nor                 – FKM

Manakala UMP B pula diwakili oleh :           

Sdr. Mohd Firdaus bin Hashim                                  – FKKSA                                                                                         

Sdri. Masita bt Md. Shah                                           – FKKSA                                                                                         

Sdr. Yusrie bin Mohd Yamin                                      – FKM                                                                                             

Sdr. Noor Effendy bin Mat Re                                  – FKM 

Buat semua pendebat UMP, tingkat usaha dan prestasi untuk terus menuju ke arah matlamat yang satu. Kejuaraan.

Al-fatihah….

DATO’ ISHAK BAHAROM

Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak. Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam. Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung. Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

LOLOQ..

PETALING JAYA: Penulis lirik dan pelakon, Rosli Khamis atau Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini, selepas koma sejak dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu.

Loloq menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Loloq, 50, dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu, akibat pendarahan otak selepas pengsan secara tiba-tiba di kediamannya. Sejak itu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Malah, pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya, Isnin lalu, tidak banyak membantu.

Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri Allahyarham, Hariyah Yaacob, 36, berada di sisinya. Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10; Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5.

Hariyah yang enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian suaminya berkata, Loloq meninggal dunia kerana pendarahan di otaknya. 

TERHANGAT @ UMP

Untuk makluman semua, selain kita mebincangkan mengenai isu-isu hangat di luar sana, kami begitu tertarik untuk seisi maya sekalian mengetahui apakah isu hangat yang sedang di perdebatkan oleh mahasiswa UMP.Bagi mengetahui dengan lanjut saya sertakan link berikut untuk kalian mengetahui apakah isu tersebut.

http://pjoyz.blogspot.com/
 

BENGKEL DEBAT KERJASAMA UiTM MALAYSIA

Peserta Bengkel Debat Siri 1 2008

26 Januari yang lepas, Kelab Orator UMP buat pertama kalinya mengadakan bengkel debat bagi meningkatkan prestasi debat dikalangan pendebat UMP. Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP.

Orator telah menjemput En Ahmad Badrulhisham bin Che Kasim atau lebih dikenali sebagai Abang Bad bagi menjayakan bengkel ini. Seperti biasa di akhir bengkel ini, telah diadakan perlawanan yang melibatkan campuran pendebat tuan ruman dan pendebat UiTM.

Diharapakn semua yang mengadiri bengkel tersebut dapat menggunakan ilmu tersebut bagi meningkatkan mutu pendebatan masing-masing.

Akhirnya, terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Berjaya bagi team Integriti dan ASTAR UMP.

« Older entries