
26 Januari yang lepas, Kelab Orator UMP buat pertama kalinya mengadakan bengkel debat bagi meningkatkan prestasi debat dikalangan pendebat UMP. Bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP.
Orator telah menjemput En Ahmad Badrulhisham bin Che Kasim atau lebih dikenali sebagai Abang Bad bagi menjayakan bengkel ini. Seperti biasa di akhir bengkel ini, telah diadakan perlawanan yang melibatkan campuran pendebat tuan ruman dan pendebat UiTM.
Diharapakn semua yang mengadiri bengkel tersebut dapat menggunakan ilmu tersebut bagi meningkatkan mutu pendebatan masing-masing.
Akhirnya, terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Berjaya bagi team Integriti dan ASTAR UMP.
Raja Azrul said,
January 31, 2008 at 3:22 pm
Hai..
Tahniah pada pihak penganjur iatu Kelab Orator UMP yang telah berjaya membawa dimensi baru dalam aktiviti debat UMP sendiri. Bengkel ini amat menarik terutama ketika friendly match. Dan diharap juga, kepada semua pendebat dapat mengambil input yang ada untuk diaplikasikan dalam pertandingan sebenar.
Insyallah…..
Selamat berjaya pada semua pasukan yang akan ke USM dan UM pada awal bulan Febuari nanti!!!